Thursday, January 9, 2014

Kursus Sifat Solat Nabi


PENGENALAN

Kursus ‘Sifat Solat Nabi S.A.W’ adalah program yang dijalankan untuk mendedahkan kepada peserta berkenaan cara memunaikan solat yang lebih sempurna berpandukan formula perlaksanaan solat Nabi SAW.


KEISTIMEWAAN PROGRAM

1. Mengupas secara detail berkenaan cara solat Nabi SAW berpandukan kajian terhadap kitab-kitab Mazhab Syafi’e.
2. Perbincangan tertumpu kepada kajian fiqh solat menurut Mazhab Syafi’e dan ditambah mazhab yang lain.
3. Membawakan dalil-dalil yang digunakan dalam fiqh solat.
4. Penjelasan yang menarik mengikut kronologi pergerakan solat dan disusuli dengan nas-nas daripada Nabi SAW.
5. Penjelasan secara lansung dalam bentuk teori dan praktikal cara solat Nabi SAW yang betul.
6. Penjelasan yang mantap, mudah dan santai.


HASIL PROGRAM

Peserta akan dapat;
1. Mengetahui tatacara solat Nabi SAW yang sempurna.
2. Menunaikan rukun-rukun dan sunat-sunat solat dengan betul sebagaimana cara Nabi SAW.
3. Mengetahui dalil-dalil asas sifat solat Nabi SAW menurut mazhab Syafi’e dan lain-lain.
4. Memperbaiki bacaan-bacaan dalam solat dengan lancar, elok dan difahami.
5. Melaksanakan solat dengan sempurna sama ada secara berseorangan atau berjemaah.
6. Mengetahui kaedah bacaan Al-Fatihah yang tepat dan sempurna.


KUMPULAN SASARAN

Program ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat sama ada pelajar, ahli akademik, pegawai kerajaan dan swasta, orang ramai dan bagi semua yang ingin mengaudit solatnya dengan lebih sempurna.


JANGKA MASA PROGRAM

Sepenuh masa – 1 hari.

METODOLOGI PROGRAM

Secara amnya, beberapa teknik dan metod yang digunakan bergantung kepada sasaran dan tahap penerimaan peserta;

1.    Taklimat, ceramah, syarahan dan penjelasan.
2.    Teknik pertanyaan.
3.    ‘Role play’ atau Simulasi.
4.    Bengkel teori dan praktikal.
5.    Slide, video dan nota.
6.    Sesi soal dan jawab.


KANDUNGAN MODUL

TOPIK: SIFAT SOLAT NABI S.A.W.

·         Berdiri Menghadap Kiblat.
·         Meletakkan Penghadang (Sutratul-Musholli).
·         Niat dan Cara Berniat.
·         Takbiratul-Ihram dan Cara Mengangkat Tangan.
·         Cara Mendakap Tangan Ketika Berdiri.
·         Membaca Doa Iftitah.
·         Membaca Surah Al-Fatihah dan Surah Lain.
·         Cara Ruku' Yang Betul.
·         I'tidal dan Bacaan Semasa I’tidal.
·         Cara Sujud dan Syaratnya.
·         Duduk Antara Dua Sujud dan Cara Duduk.
·         Duduk Tahiyyat Awal.
·         Tahiyyat Akhir.
·         Hukum Mengangkat Jari dan Mengerak-gerakkan.
·         Doa Sebelum Memberi Salam.
·         Memberi Salam.
·         Menyapu Muka.
·         Zikir dan Doa Selepas Solat.