PROFILE SYARIKAT



Dhiya' Training & Consultancy (atau dikenali sebagai AD-DHIYA') merupakan salah sebuah syarikat latihan dan perundingan Islam di Malaysia. AD-DHIYA' diasaskan oleh Al-Fadhil Ustaz Zaid bin Abdul Razak Al-Qadiri pada April 2009 yang bermula sebagai blog penulisan motivasi islami di alam maya.

Menyedari perkembangan da'wah alaf ini, AD-DHIYA' mengorak langkah menceburi bidang latihan dan perundingan dengan menubuhkan Dhiya' Training & Consultancy pada tahun 2013. Di daftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran 002273665-T.

AD-DHIYA' adalah syarikat motivasi yang bercirikan aliran da'wah kontemporari dan inovatif demi menyahut seruan Allah Ta'ala di dalam Al-Qur'an;

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang (lebih) baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya, dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orangyang mendapat petunjuk.(Surah An-Nahl: 125)

No comments:

Post a Comment