PENGARAH



AL-FADHIL USTAZ ZAID BIN ABDUL RAZAK 
Pengarah Dhiya Training & Consultancy

Berkelulusan Bachelor Usuluddin dan Diploma Dakwah & Pengurusan. Disamping belajar secara formal, beliau juga mendalami ilmu secara tidak formal di madrasah-madrasah dan pondok-pondok sekitar Malaysia seperti Pondok Baqiatussolehat, Pondok Al-Hidayah, Madrasah Darul Muhajirin dan lain-lain. Kini bertugas sebagai Imam di Masjid Al-Husna Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor dan menjadi guru Al-Quran di syarikat Kurnia Insurans, Petaling Jaya. Beliau merupakan bekas peserta Top 24 Finalis Imam Muda Musim Ke-3, Astro Oasis. Kerap diundang menyampaikan kuliah dan ceramah di masjid, surau, jabatan kerajaan dan agensi swasta. Sempat menimba mutiara ilmu dan menerima beberapa sanad daripada beberapa tokoh ilmuan seperti;

·         Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki (Indonesia).
·         Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki (Indonesia).
·         Syeikh Rohimuddin Nawawi Al-Jahary Al-Bantany (Indonesia).
·         Syeikh As-Syarif Yusuf Muhyiddin Riq El-Bakhour Al-Hasani (Lubnan/ Kanada)
·         Syeikh Usamah As-Sayyid Mahmud Muhammad Al-Azhari (Al-Azhar, Mesir)
·         Baba Haji Ghazali Ahmad Pondok Sekam Budi (Patani, Thailand)
·         Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Smith Al-Ba’Alawi (Madinah)
·         Syeikh Abdul Hadi Al-Kharsa (Syria)
·         Syeikh Dr. Yusri bin Rushdi Sayyid Jabr Al-Hasani (Al-Azhar, Mesir)
·         Dan lain-lain.

Kelayakan Akademik:
·         Bachelor Usuluddin di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
·         Diploma Dakwah dan Pengurusan di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah     (KIPSAS).

Pengalaman:
·         Dhiya Training & Consultancy - Pengarah
·         TQHM Islamic Leadership Training & Consultancy – Fasilitator.
·         Masjid Al-Muktafibillah Shah – Pegawai Masjid/ Imam.
·         Masjid Al-Husna Bandar Sunway – Imam.
·         Kurnia Insurans Petaling Jaya – Guru/ Ustaz.
·         Imam Muda Astro Oasis – Top 25 Finalis Imam Muda Musim ke-3.

No comments:

Post a Comment