Menurut
kajian yang dijalankan oleh pertubuhan ISMA sebanyak 70% remaja tidak
melaksanakan solat lima waktu. Sementara itu, dalam satu kajian yang dilakukan
oleh tokoh motivasi terkenal di Malaysia, Dato' Dr. Fadzilah Kamsah bahawa
sejumlah 80% rakyat Malaysia masih tidak menunaikan solat sebagaimana yang
dituntut dalam agama. Kenyataan itu dimuatkan dalam Utusan Malaysia bertarikh
23 Jun 2008 menunjukkan antara golongan yang kerap meninggalkan ibadat solat
ini ialah golongan pelajar sekolah, golongan belia, pekerja kilang, anggota
pasukan seragam dan para peniaga.
Di
dalam Shahih Muslim, jilid 1, hadis ke 62:
"Batasan
antara seseorang dengan syirik dan kafir adalah meninggalkan solat."
Menurut
Saiyidina 'Ali dan Imam Ahmad Hambal:
"Orang
yang meninggalkan solat dengan sengaja, hukumnya kafir kerana mengingkari
perintah Allah."
Imam
Ahmad Hambal mengatakan, jika seseorang yang mati itu meniggalkan solat dan
belum bertaubat, maka kuburnya mesti diasingkan dari kubur orang mukmin yang
lain.
RASIONAL
Kursus
‘Solat To Success’ adalah program yang dijalankan untuk mendedahkan
kepada peserta berkenaan cara memunaikan solat yang lebih sempurna berpandukan
formula perlaksanaan solat Nabi SAW.
KEISTIMEWAAN
PROGRAM
1. Mengupas
secara detail berkenaan cara solat Nabi SAW berpandukan kajian terhadap
kitab-kitab Mazhab Syafi’e.
2. Perbincangan
tertumpu kepada kajian fiqh solat menurut Mazhab Syafi’e dan ditambah mazhab
yang lain.
3. Membawakan
dalil-dalil yang digunakan dalam fiqh solat.
4. Penjelasan
yang menarik mengikut kronologi pergerakan solat dan disusuli dengan nas-nas
daripada Nabi SAW.
5. Penjelasan
secara lansung dalam bentuk teori dan praktikal cara solat Nabi SAW yang betul.
6. Penjelasan
yang mantap, mudah dan santai.
HASIL
PROGRAM
Peserta
akan dapat;
1. Mengetahui
tatacara solat Nabi SAW yang sempurna.
2. Menunaikan
rukun-rukun dan sunat-sunat solat dengan betul sebagaimana cara Nabi SAW.
3. Mengetahui
dalil-dalil asas sifat solat Nabi SAW menurut mazhab Syafi’e dan lain-lain.
4. Memperbaiki
bacaan-bacaan dalam solat dengan lancar, elok dan difahami.
5. Melaksanakan
solat dengan sempurna sama ada secara berseorangan atau berjemaah.
6. Mengetahui
kaedah bacaan Al-Fatihah yang tepat dan sempurna.
KUMPULAN
SASARAN
Program
ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat sama ada pelajar, ahli akademik,
pegawai kerajaan dan swasta, orang ramai dan bagi semua yang ingin mengaudit
solatnya dengan lebih sempurna.
***Kepada pihak yang berminat untuk mengadakan kursus, bengkel, seminar 'Solat To Success' secara "in-house" bersama kami, emailkan permohonan ke dhiyaconsultancy@gmai.com atau hubungi Ustaz Zaid Abdul ditalian 010-2707903.
***Kepada pihak yang berminat untuk mengadakan kursus, bengkel, seminar 'Solat To Success' secara "in-house" bersama kami, emailkan permohonan ke dhiyaconsultancy@gmai.com atau hubungi Ustaz Zaid Abdul ditalian 010-2707903.
No comments:
Post a Comment